Guru Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu - 31 Disember 2015

Adalah dimaklumkan terdapat jawatan kosong terkini di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Terengganu yang bermastautin di Negeri Terengganu berkelayakan bagi memenuhi kriteria kekosongan jawatan berikut :
1. Guru Taska

Status Jawatan : Kontrak
Gaji : RM 1400 (Kelayakan Ijazah/Diploma)

Lokasi : Terengganu
Tarikh tutup permohonan : 31 Disember 2015

Syarat kelayakan
Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Ijazah/Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya. (keutamaan kepada calon yang memiliki Ijazah/Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak) atau memiliki sijil Kejururawatan (Nursing); dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
  1. Semua calon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi melalui portal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu www.ypkt.gov.my atau klik [ MUAT TURUN BORANG GURU TASKA ] untuk terus muat turun borang tersebut.
  2. Permohonan dikemukakan beserta ‘resume’, salinan sijil bagi kelayakan yang disyaratkan, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan gambar ukuran pasport serta salinan Kad Pengenalan bapa (yang disahkan) sekiranya pemohon lahir diluar Terengganu.
Permohonan hendaklah sampai kepada :-

Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu

Untuk mendapat maklumat terperinci mengenai iklan permohonan, sila lawati laman web Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di alamat www.ypkt.gov.my
atau sila hubungi talian 09-6249355/57/58

0 Response to "Guru Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu - 31 Disember 2015"

Post a Comment

wdcfawqafwef