Contoh Soalan Temuduga SPA 2015/2016
Soalan temuduga SPA ini adalah soalan yang ditanyakan kepada calon pada peperiksaan yang lepas. Panduan buat calon-calon yang bakal menghadiri sesi temuduga di sektor awam SPA8. Di bawah ini saya kongsikan dengan anda contoh soalan temuduga SPA.
Contoh Soalan Temuduga SPA
Contoh soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :
- Latar belakang & kelayakan calon
- Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- Dasar kerajaan
- Isu semasa dalam & luar negara.
Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Latar Belakang & Kelayakan
- Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
- Kenapa anda yang harus kami pilih dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
- Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?
- Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
- Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Ceritakan..
- Apakah kelemahan anda? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?
Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Jawatan Yang Dipohon
- Setakat yang anda tahu, apakah tugas yang bakal anda pikul oleh anda jikaanda terpilih?
- Peranan Jabatan & Kementerian ini? ( bergantung kepada jawatan yang anda pohon )
- Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
- Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
- Apakah sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.
Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Dengan Dasar Kerajaan
- Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri-menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda berikan sedikit ulasan tentang perkara ini?
- Selain daripada KPI, apa lagi langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan pekerja?
- Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
- Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2014 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
- Senaraikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
- Apakah tema bajet 2014?
- Terangkan dengan dengan ringkas GST?
- Apakah GTP?
Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Isu Semasa
Isu Semasa Dalam Negara- Boleh nyatakan tentang keputusan PRU Ke-13 yang lalu.
- Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?
- Apakah isu yang berkaitan dengan MH17
- Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
- Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.
- Apakah tema Hari Kemerdekaan 2014?
Isu Semasa Luar Negara- Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
- Krisis yang berlaku di Syria.
- Krisis yang berlaku diantara Ukraine dan Russia
- Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.
Ini adalah sebahagian contoh soalan yang dapat kami kumpulkan berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu. Jika anda mempunyai contoh soalan lain yang ingin dimasukkan di sini, hubungi kami melalui pautan yang disediakan.
0 Response to "Contoh-contoh soalan semasa temuduga SPA"
Post a Comment